Hakikat Seorang Wanita
Jangankan lelaki biasa,nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka,
fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walau ada
segalanya. Apa yang tiada dalam syurga? Namun adam tetap rindukan hawa.
Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok. Untuk diluruskan
oleh lelaki. Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus, Mana
mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus. Luruskanlah
wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah, Kerana mereka diciptakan
sebegitu rupa oleh Allah.
Didiklah mereka dengan panduan darinya. Jangan cuba menjinakkan mereka
dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar. Janganlah hiburkan
mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita.
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di situlah punca kekuatan
dunia.
Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu.
Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman.
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.
Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya mereka akan lihat nilaian
dan keadilan Rab. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan
suatu kelemahan. Ia bukan diskriminasi Allah.Sebaliknya di situlah kasih
dan sayang Allah...
Janganlah mengharapkan isteri
semulia Fatimah Az-Zahra' Seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali
karamallahuwajhah.
No comments:
Post a Comment